MUTIARA KATA

ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON YANG TIDAK BERBUAH
Showing posts with label PENGUMUMAN SPPBS. Show all posts
Showing posts with label PENGUMUMAN SPPBS. Show all posts

Friday, 8 November 2013

MAKLUMAN

http://sppbs.moe.gov.my/


1. KPM mengambil maklum mengenai masalah akses ke SPPBS. Sehubungan dengan itu, kemasukan prestasi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (Akademik) serta Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan Non Akademik) bagi tahun 2013 akan ditutup buat sementara bermula 30 November 2013 dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2014 bagi kemasukan prestasi tahun 2013 yang masih belum selesai.

2. Mohon kerjasama semua pengguna agar menggunakan pelayar (browser) Internet Explorer (IE) versi 7 hingga 9 sahaja untuk kemasukan prestasi NON-AKADEMIK bagi mengelakkan isu TAHAP PENCAPAIAN yang tidak dapat ditanda di SPPBS. Harap maklum.

Friday, 8 March 2013



 Dimaklumkan bahawa SPPBS dibuka kepada SU Peperiksaan mulai 1 Mac 2013.
 Sehubungan dengan itu, SU Peperiksaan perlu melaksanakan perkara-perkara berikut dalam tempoh 1 Mac 2013 sehingga 15 Mac 2013:

 a. Mendaftar dan menjana kata laluan Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan ke SPPBS (kali pertama)
 b. Mendaftar kelas dan menjana kata laluan Guru Kelas 2013 ke dalam SPPBS.
 c. Mendaftar/Mengemaskini mata pelajaran dan menjana kata laluan Guru Mata Pelajaran 2013 ke dalam SPPBS.

* Menu Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan dan Guru boleh diakses mulai 15 Mac 2013 setelah segala urusan Daftar Guru oleh SUP selesai. -Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pengurusan Maklumat- 1. Paparan kemasukan prestasi murid Mengikut Eviden - Senarai semua murid dan kemasukan prestasi di dalam satu paparan sahaja (wujudkan marksheet).

Tuesday, 20 November 2012

BERITA TERKINI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT SEJAHTERA

Perhatian kepada semua guru yang mengajar tingkatan 1
 
Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kemasukan prestasi murid Akademik dan Non Akademik bagi Tingkatan 1 ke dalam SPPBS telah dilanjutkan kepada 30 November 2012.

Terima kasih.
 
 

Saturday, 10 November 2012

PENGUMUMAN PENTING





1. Dimaklumkan bahawa semua prestasi murid (Akademik dan Non-Akademik) Tingkatan 1 2012 
    perlu dimasukkan ke dalam SPPBS selewat-lewatnya pada 20 Nov 2012.

    Selepas tarikh ini, segala kemasukan prestasi tidak boleh dilaksanakan lagi, bagi memberi 
    laluan  kepada APDM melaksanakan proses 'Naik Kelas'. 

    Sehubungan dengan itu diingatkan bahawa tiada pelanjutan tarikh selepas tarikh tutup.

 2. Diingatkan bahawa data-data dari Pentaksiran Sekolah ini akan dicantumkan dengan data 
     Pentaksiran Pusat dan PAJSK untuk menghasilkan pencapaian akhir di Tingkatan 3.

 Oleh itu kemasukan prestasi murid dalam SPPBS sangat penting dan perlu dilaksanakan

.

Popular Posts