MUTIARA KATA

ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON YANG TIDAK BERBUAH

Tuesday 20 November 2012

BERITA TERKINI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT SEJAHTERA

Perhatian kepada semua guru yang mengajar tingkatan 1
 
Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kemasukan prestasi murid Akademik dan Non Akademik bagi Tingkatan 1 ke dalam SPPBS telah dilanjutkan kepada 30 November 2012.

Terima kasih.
 
 

Wednesday 14 November 2012

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1434H

Unit PBS mengucapkan selamat tahun baru hijrah kepada semua warga SMK Sungai Besar.

Saturday 10 November 2012

PENGUMUMAN PENTING





1. Dimaklumkan bahawa semua prestasi murid (Akademik dan Non-Akademik) Tingkatan 1 2012 
    perlu dimasukkan ke dalam SPPBS selewat-lewatnya pada 20 Nov 2012.

    Selepas tarikh ini, segala kemasukan prestasi tidak boleh dilaksanakan lagi, bagi memberi 
    laluan  kepada APDM melaksanakan proses 'Naik Kelas'. 

    Sehubungan dengan itu diingatkan bahawa tiada pelanjutan tarikh selepas tarikh tutup.

 2. Diingatkan bahawa data-data dari Pentaksiran Sekolah ini akan dicantumkan dengan data 
     Pentaksiran Pusat dan PAJSK untuk menghasilkan pencapaian akhir di Tingkatan 3.

 Oleh itu kemasukan prestasi murid dalam SPPBS sangat penting dan perlu dilaksanakan

.

Friday 9 November 2012

SELAMAT BERCUTI


UNIT PBS mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua murid dan guru SMKSB.

Thursday 8 November 2012

SERONOKNYA PBS (BAHASA ARAB TINGKATAN 1)

Siapa kata PBS tak best?

  Murid   : Assalamualaikum Ustazah!
  Ustazah : Waalaikumussalamwarahmatullah..
  Murid    : hari ni ada PBS tak?
 Ustazah  : Mestilah ada..dalam hati...( seronok betul diorang ni  dengan PBS )

Soalan itulah yang akan diajukan oleh murid-murid 1KA setiap kali hadir ke kelas Bahasa Arab.

Kita saksikan gelagat mereka semasa menjalani PBS .


                                                   KEMAHIRAN LISAN










                                     
                                         KEMAHIRAN MEMBACA









                                          




 

Popular Posts